Friday, 19 April 2013

Info Masalah Keputihan


Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Keputihan?


Dalam bahasa mudahnya, keputihan adalah cairan/lendir yang keluar daripada liang faraj selain daripada darah haid. Dalam bahasa perubatan, ia dikenali sebagai leucorrhoea atau fluor albus.

Dari Mana Datangnya Cairan/Lendir Keputihan Ini?
Cairan/lendir ini boleh berasal dari tiga sumber iaitu:
1. Sekitar mulut vagina
2. Selaput liang vagina
3. Selaput rongga rahim

Adakah Semua Cairan/Lendir Yang Keluar Daripada Liang Faraj Itu Normal?
Mudah aja jawapannya. Sudah tentu ada yang normal dan ada yang tidak normal.

Mari Kita Lihat Apa Yang Dimaksudkan Dengan Cairan/Lendir Normal
• Pengeluaran cairan/lendir pada kelenjar mulut vagina (bibir faraj) – dipengaruhi oleh rangsangan berahi. Oleh kerana itu lendir ini akan meningkat jumlahnya dalam keadaan terangsang dan pada waktu

Bagaimana Pula Bentuk Cairan/Lendir Yang Tidak Normal?
Cairan/lendir yang tidak normal biasanya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah.

Siapakah Yang Kerap Mengalami Masalah Keputihan Normal?
1. Wanita yang menghampiri masa subur, sebelum atau sesudah haid.
2. Wanita yang sedang mengalami gangguan jiwa seperti terlalu sedih atau gembira.
3. Wanita hamil
4. Wanita yang mengambil pil perancang keluarga
5. Wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat hormon
6. Wanita yang bekerja kuat dengan menggunakan tenaga fizikal yang banyak
7. Bayi perempuan yang baru lahir, antara umur satu hingga sepuluh hari (cairan boleh keluar dari vaginanya akibat pengaruh hormon yang dihasilkan oleh placenta atau uri 
8. Gadis muda yang menghampiri masa baligh


No comments:

Post a Comment